Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga pendidik/guru di daerah Batang Padang dan seluruh negara.Walau bercuti tidak bermakna segala kerja mendidik dan mengajar dilupakan, bagi guru PGSR diucapkan selamat maju jaya.Ingatlah kita sebagai warga pendidik tiada cuti.........
yang bercuti sebenarnya adalah anak didik kita..... kita cuma menumpang cuti mereka...........
walau bagaimanapun selamat bercuti...........
CUTI-CUTI MALAYSIA........ MASIH BANYAK YANG PERLU DILAWATI DAN DITEROKAI....
Friday, November 20, 2009
SELAMAT BERCUTI
Posted by JALALLUDIN at 10:07 PM 0 comments
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH
Pada 13 hb November yang lalu,iaitu pada hari jumaat telah dijalankan satu majlis penyampaian hadiah kepada murid-murid atas kejayaan mereka dalam pelajaran dan kokurikulum. Acara bermula pada pukul 2.30 petang dengan kehadiran ibubapa,penjaga,murid dan guru.Sebelum itu acara raptai telah dijalankan pada pagi hari tersebut.Majlis diadakan di tapak perhimpunan yang telah didirikan khemah yang disumbangkan oleh pihak kampung.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan YDP PIBG sekolah,En. Salim diikuti ucapan En. Othman bin Mahmod Guru Besar SKDNK seterusnya ucapan perasmian oleh En.Mahmod bin Karim Ketua Pemuda UMNO Ulu Selangor.
Posted by JALALLUDIN at 12:38 PM 0 comments
Thursday, November 12, 2009
Wednesday, November 11, 2009
bertemu kembali
maaf.... lama tak diedit.... agak sibuk...
Posted by JALALLUDIN at 5:58 PM 0 comments
Monday, September 28, 2009
Thursday, September 24, 2009
mohon kemaafan
sempena lebaran yang mendatang kami warga SK Datuk Nan Kaya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala keilafan yang kami lakukan, sama ada disengajakan atau tidak disengajakan.kita sebagai insan biasa tidak lepas dari membuat kesalahan tanpa disedari.
MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI, WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK NAN KAYA KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK DAN YANG TERLIBAT DALAM DUNIA PENDIDIKAN.
Posted by JALALLUDIN at 7:34 AM 0 comments
Friday, August 7, 2009
Penyampaian Hadiah
SKDNK,Jumaat 7 Ogos 2009. Penutupan Minggu Sains Matematik telah dijalankan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi setiap aktiviti.Guru besar berharap murid dapat memanafaatkan ilmu yang didapati dari aktiviti yg telah dijalankan.
TANIAH KEPADA YANG BERJAYA,KEPADA YANG TIDAK BERJAYA CUBA LAGI DILAIN MASA.
Posted by JALALLUDIN at 8:47 AM 0 comments
Minggu Sains Matematik...... Hari Sains
Tanjong Malim, 6 Ogos 2009. Hari Sains sempena Minggu Sains Matematik telah berlangsung. Beberapa aktiviti telah disediakan untuk murid-murid tahap satu dan tahap dua yang berorientasikan sains, antaranya membina model gunung berapi,membina roket air,kapal terbang kertas, membina model kenderaan dan explorerace sains.
Murid-murid ternyata dapat mengikutinya dan telah diterangkan konsep bagi setiap aktiviti pada pandangan sains.
Posted by JALALLUDIN at 8:01 AM 0 comments
Wednesday, August 5, 2009
Minggu Sains dan Matematik
Bertempat di Sekolah Kebangsaan Datuk Nan Kaya pada tarikh 3 Ogos hingga 7 Ogos 2009 telah dijalankan beberapa aktiviti Sains dan Matematik.Pada hari ini 5 Ogos beberapa aktiviti Matemaatik dijalankan.
Posted by JALALLUDIN at 1:17 AM 0 comments
Tuesday, August 4, 2009
Meneruskan perjuangan
Tanjung Malim,4 Ogos 2009. Sekumpulan guru meneruskan perjuangan mempelajari kaedah membina blog bagi sekolah masing-masing.
Posted by JALALLUDIN at 1:11 AM 0 comments
Monday, August 3, 2009
Kursus Asas Pembinaan Blog
Tanjong Malim, 3 Ogos 2009. bertempat di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim telah berlangsung satu bengkel asas membina blog sekolah. Seramai 14 orang peserta terlibat dengan dibimbing oleh En. Saharidun dari PKG Gopeng. Kursus berlangsung selama tiga petang bermula pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang atas anjuran PKG Tanjong Malim.
Posted by JALALLUDIN at 1:02 AM 0 comments