BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 7, 2009

Penyampaian Hadiah

SKDNK,Jumaat 7 Ogos 2009. Penutupan Minggu Sains Matematik telah dijalankan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi setiap aktiviti.Guru besar berharap murid dapat memanafaatkan ilmu yang didapati dari aktiviti yg telah dijalankan.
TANIAH KEPADA YANG BERJAYA,KEPADA YANG TIDAK BERJAYA CUBA LAGI DILAIN MASA.




Minggu Sains Matematik...... Hari Sains

Tanjong Malim, 6 Ogos 2009. Hari Sains sempena Minggu Sains Matematik telah berlangsung. Beberapa aktiviti telah disediakan untuk murid-murid tahap satu dan tahap dua yang berorientasikan sains, antaranya membina model gunung berapi,membina roket air,kapal terbang kertas, membina model kenderaan dan explorerace sains.
Murid-murid ternyata dapat mengikutinya dan telah diterangkan konsep bagi setiap aktiviti pada pandangan sains.



Wednesday, August 5, 2009

Minggu Sains dan Matematik




Bertempat di Sekolah Kebangsaan Datuk Nan Kaya pada tarikh 3 Ogos hingga 7 Ogos 2009 telah dijalankan beberapa aktiviti Sains dan Matematik.Pada hari ini 5 Ogos beberapa aktiviti Matemaatik dijalankan.

Tuesday, August 4, 2009

Meneruskan perjuangan

Tanjung Malim,4 Ogos 2009. Sekumpulan guru meneruskan perjuangan mempelajari kaedah membina blog bagi sekolah masing-masing.

Monday, August 3, 2009

Kursus Asas Pembinaan Blog




Tanjong Malim, 3 Ogos 2009. bertempat di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim telah berlangsung satu bengkel asas membina blog sekolah. Seramai 14 orang peserta terlibat dengan dibimbing oleh En. Saharidun dari PKG Gopeng. Kursus berlangsung selama tiga petang bermula pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang atas anjuran PKG Tanjong Malim.